Homestay di Kuala Nerang, Kedah.

Selamat Datang dan Ahlan Wasahlan
Assalamualaikum w.b.t...
Selamat datang ke blog Homestay Nuur. Homestay Nuur mempunyai dua unit homestay iaitu Homestay Mawaddah dan Homestay Syakirah. Kami mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke homestay kami ini.

HOMESTAY MAWADDAH DAN SYAKIRAH
Kami menawarkan penginapan yang jimat dan selesa. Pengalaman berada di Homestay Nuur seperti berada di rumah anda sendiri. Homestay ini sesuai untuk seisi keluarga dan sesuai digunakan jika anda ingin bercuti,kenduri-kendara dan pelbagai urusan di sekitar daerah Padang Terap. Pihak anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan homestay Nuur kerana homestay ini dilengkapi dengan set lengkap seperti di rumah sendiri. Walaupun homestay Nuur berlatangbelakangkan suasana kampung dan dusun, tetapi ia hanya terletak 3km dari pekan Kuala Nerang.

Alamat Homestay
Kg. Semeliang, Jalan Kampung Rambutan, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
1. 1 ruang tamu dilengkapi kusyen dan televisyen.
2.  3 bilik tidur dilengkapi dengan kipas syiling dan lampu.
3. Bilik utama dilengkapi dengan penghawa dingin.

4.  Bilik air dan tandas yang berasingan.
5. Ruang makan bersama 1 meja makan,pemanas air dan set pinggan mangkuk.
6. Seterika dan iron board disediakan.
7.  Sejadah dan telekung disediakan.

KEMUDAHAN